Objektif PEKDIS
Tertubuhnya PEKDIS adalah untuk:
- Merapatkan ukhuwwah Islamiah antara semua Guru Pendidikan Islam (GPI), meningkatkan prestasi perkhidmatan dan profesionalisma GPI serta menjaga kebajikan GPI.
- Menjalinkan kerjasama dengan Jabatan dan Institusi Pendidikan dan juga dengan badan-badan dakwah dan agensi-agensi lain bagi menjayakan Dasar Pendidikan Kebangsaan
- Meningkatkan kualiti pengurusan Pendidikan Islam dan Dakwah melalui perkongsian idea dan pengalaman di semua peringkat.
- Mendukung dan mengamalkan prinsip-prinsip falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam.
- Membantu pelaksanaan aktiviti dakwah dan ko-kurikulum Pendidikan Islam di sekolah
- Menerima derma, tajaan dan sumbangan dengan syarat telah mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan atau lain-lain agensi yang berkaitan
- Merancang dan melaksanakan program dan aktiviti-aktiviti yang meliputi perkhidmatan, kebajikan kepada semua ahli dari segi pendidikan, kerjaya dan kesihatan
- Merancang dan melaksanakan program dan aktiviti-aktiviti ekonomi yang boleh meningkatkan kewangan di cawangan-cawangan PEKDIS seluruh negara dengan mendapat kelulusan Mesyuarat Agung terlebih dahulu.