Dalam usaha memperkasakan kompetensi guru, iE-FEST’24 akan menjadi medan perkongsian dan percambahan ilmu yang sangat bermakna agar kita mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dalam perspektif pendidikan alaf baharu khasnya dalam bidang Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.
Antara objektif Festival iE-FEST'24:
- Perkongsian ilmu bagi memantapkan kefahaman berkaitan MALAYSIA MADANI dan signifikan terhadap pendidikan masa kini.
- Membentangkan laporan kajian tindakan yang terhasil melalui penyelidikan, amalan terbaik dan inovasi yang sesuai dalam bilik darjah.
- Menyampaikan dan memperluaskan usaha penyelidikan dan inovasi dalam PAI dan BA untuk meningkatkan kompetensi warga pendidik